Friday 10 May 2013

teringat saat dulu

-->
aku buka kotak besar berbentuk cinta
berhabuk sedikit tapi masih rapi dijaga
dada aku berdebar tiba-tiba
terusik jiwa kala ada
aku diam dan mengurut dada
tanya kenapa?
aku rasa seperti ada panah menikam terus menusuk ke jiwa



...



satu album muka bunga
ada dua hati dan manusia
berpegangan tangan mengaku cinta
meluah rasa di tempat yg sama
di waktu berbeda
tapi segalanya tercoret dua manusia mencintai sesama suka



...



hangat air mata
aku kesat dengan hujung jari
arghh habuk saja
tapi hati kata tidak kau dusta!
jiwa bercelaru dan minda pula mengimbas skrip cinta memori lama
arghhh*** 
aku kaku!



...



orang kata hadirnya rindu tiba-tiba
jika ada jiwa juga merindui sama
aku tak percaya
kerana semua cerita dusta
dia biarkan aku jatuh
dia lepaskan aku terus ke muara dahulu
dia bencikan aku
tiada guna ada arti mahu merindu
buang karan dan waktu!
buang kata dan jiwa melara
sudah!aku tak mahu ingat apa-apa**




...



malam makin larut
jiwa pula berserabut
kenapa tangan ini gatal mahu buka kotak cinta
mahu belek isi lama
aku aku aku
mahu baling semua segalanya
tapi tipu aku masih sayang harta cinta
walau lukanya tertimbus dalam
tercalar tajam
aku masih ingat senyuman itu
wajah itu
terima kasih kerana pernah kenali aku dulu




...



air mata terus berlagu bersama rasa
walau aku tepis dan memarahi jiwa
ia masih kata
kau pernah damba dia
mengapa takut mengingati
dia kenangan terindah
dia kenangan paling bermadah
sanggupkah kau lupa
segalanya bermula disitu
walau ada banyak cakaran lalu
luka dan tembus hingga ke hati batu
kau masih ingat satu persatu



...



aku tak menyesal
mengenali dia walau sakit yang ditinggalkan akhirnya
aku tak menyesal
dia pernah mengajar erti segalanya
hidup aku bermula dengan dia
tiada yang lebih indah walau luka itu yang tinggal berdarah
dia masih aku hormat
terima kasih kerana pernah
memberi aku hati
menjaga aku gadis yang tak sempurna dari semua segi
aku masih kenang segala yang kau tinggal dan beri
aku tahu yang memang kau dan aku bukan jodoh yang satu
kau bukan untuk aku
begitu juga aku
maka terima kasih pernah memberi sedikit rasa
saat aku benar mendamba
cinta aku tak kata aku tak percaya
cuma luka bernanah masih bersepah di dada
jasad masih kaku berhati batu
walang dan beku.

teringat saat dulu [g][i][l][a]

No comments:

Post a Comment