Thursday 30 June 2011

bsc

Kalaulah kau tahu betapa aku cinta kau,sanggupkah kau dengar?
Kalaulah aku menangis semta-mata kerana aku rindu kau,sanggupkah kau bertanya?
Aku ini gila bayangkah?Atau aku memang dah gila kerana entah apa-apa.
Hei!Aku rindu kau tapi macam rasa rindu tu tak akan buat kau jadi apa-apa pun.
Mungkin kerana kau lebih suka dengar dia teman cintamu yang menyatakannya.
Tidak aku!Kau bertanya apa yang membuat aku rindu kau?
Sakit soalannya sehingga aku rasa macam nak menangis seperti orang gila.
Aku sendiri memikirkan hari-hari dan masa ku untuk apa aku merindui dan mengingati kau?
Bila aku tepis,bila aku mengeluh sepuasnya tapi masih juga rindu itu bertandang jua.
Tak mampu aku jerit untuk kau pergi kerana hati aku memanggil rindu itu kembali.
Aku suka kau,aku rindu kau dan aku tahu hati ini terlalu suka kau.
Pedihnya bila aku tak dapat untuk terus disisi kau sebagai kekasih.
Kesakitan ini cuma tuhan yang tahu kerana aku memang gila kau!
Walau bibirku keras menyatakan kata-kata kasar untuk kau semalamnya,tapi sungguh aku tak berniat.
Cuma aku terlalu menginginkan kau disini,dihatiku,hidupku tapi aku tahu itu mustahil.
Kau yang dulu aku selalu panggil B tapi kini cuma kenangan yang menjadi debu ditiup angin.
Kau dan aku BSC.
Masihkah aku punya peluang untuk terus kembali semula ke masa lalu kerana aku memang ingin kau juga BSC dulu
!



       ❤    ❤  B S❤ ❤

terima kasih cinta

Hei sayang,
Kenapa semakin penat aku ingin mencuba jadi biasa semakin ligat hatiku yang mengada mengukir nama kau.
Semakin aku sibuk belajar tentang pelajaran untuk hidup di dunia semakin sibuk juga si hati belajar untuk terus mencinta kau.
Hei kasih,
Apakah yang kau lakukan hingga aku punya perkataan -mustahil- untuk melupakan kau walau cuma akalku meminta -sekejaplah,nak belajar ni-
Ini memang kerja gila kerana aku jatuh cinta pada kau orang yang sama dalam waktu yang sama tapi untuk entah kali ke berapa juta kali.
Hei cinta,
Dengar sini aku mahu berpuisi.
Aku sudah penat dan lali untuk terus menghalang hati aku merindui kau.
Maka aku rasa aku perlu rindu kau.
Kau memang sudah menang menakhluki hatiku juga akal warasku.
Tentang kau buat aku semakin merindui selalu.
Dan perasaan itu sering buat aku cuma ingin fikirkan kamu.
Terima kasih cinta kerana kau aku sangat hargai masa.
Bukan apa,Aku cuma takut terlepas waktu itu berlalu sebab hatiku akan memberontak jika tak merindui kau walau cuma dalam masa seminit!


Terima Kasih Cinta