Friday 10 May 2013

aku mahu cahaya

-->
aku terjaga dari lena
kerana aku rasa ada manik-manik jernih jatuh terasa
aku buka mata
capai kaca mata di sebelah meja
sumpah aku tak nampak apa
***gelap!***



...



aku jerit macam kena histeria
berlari kecil mamaku menjenguk di muka pintu
kakak kenapa?
aku diam seribu kata
cuma mampu menggelengkan kepala cuma
diam dan membisu




...



aku pegang kemas bantal pelukku
aku tarik kain selimut bersama
kemas dalam genggaman
dengan perlahan aku menapak
buka lampu lalu terduduk di belakang pintu
kenapa Nadia?
hati bertanya
bibir menggeletar
tangan rasa sejuk dan beku
aku..***




...



sejak bila aku takut tanpa cahaya
buntu!
aku tak tahu kenapa aku boleh menangis tanpa cahaya
aku takut dan gelisah
rasa macam ditinggalkan dalam lubang yang ditimbus dalam
jangan!!
jangan tinggal aku sorang!



...



dengan manik-manik masih dipipi
aku buka laptop di kepala katil
aku taip rasa semuanya
aku tak tahu kenapa aku begini malam ini
aku takut apa?
gelap atau kematian?
arghh!dua-dua!
tapi sejak bila?



....



aku buka lampu terang-terang
pada mama aku pesan jangan pernah tutup lampu
biar sampai siang!
mama diam mungkin  pelik dengan tingkah laku aku
mengapa mylisa
hati merintih hiba dan kecewa
sejak bila rasa takut ini ada?
mengucap panjang bersama jiwa kesayuan derita



...



gelap itu benar menghantuiku
aku tak mampu bergerak walau dengan sendiri
rasa ada bayang-bayang panggil aku
tertimbus dalam kegelapan jiwa nestapa
aku tak mahu begitu!
aku mahu ada cahaya
seperti selalu
aku tak mahu ada gelita di jiwa dan kalbu
cukuplah hati
aku makin benci rasa begini dan sebegini
hentikan permainan gila
kita mampu buka cahaya
walau dalam gelap
jiwa menerangi segala
shhhhhhh***
diamlah hati jangan tangis lagi
peluk jiwa bersama tubuh kita
berdoa pada maha esa
kau dan aku satu bersama
tiada ketakutan mampu menerpa
kerana cuma pada DIA kita menyembahnya.



...



akan ada satu masa
cahaya menerangi setiap langkah kita
percaya genggamla jari jemari
selitkan dalam sanubari
rasa itu satu cahaya
dan cahaya pasti terus bersama seperti lalu
menerangi tanpa gentar sekalipun
walau hakikat kita tiada tanpa sebuah cinta.


aku mahu cahaya!

No comments:

Post a Comment