Friday 10 May 2013

aku sepi

-->

badanku panas
kalau letak telur
confem masak telur tu
huh....
aku mengeluh kesejukan
tapi hakikat badan makin kepanasan
sesaat aku kilas hp ditepi
tiada tanda berdering
keluhan laju keluar lagi
kali ini tanpa sedar ada rasa hangat menglir di bibir
ya allah kenapa aku ni??
rasa cuak mula menyemak dan aku sedar aku kena lagi



...



tuala basah aku tekup di kepala
sedikit sebanyak suamlah kepala
tapi hidung masih berair warna merah
*****
aku rasa geram tak tentu arah
aku mahu cakap pada siapa?
aku  mahu mengalir air mata pada siapa?
siapa yang ingin aku dengarkan tangisanku saat ini?
aku buntu tambah rasa pilu
hurmmmmm....



...



aku peluk bantal erat-erat
ditemani earphone ditelinga
mata naik kabur melihat skrin di depan mata
argghhh...
aku ambil kaca mataku yang dah entah berapa lama aku tak usik
aku mahu menaip dan menaip
aku mahu cerita segala
biar saat aku pergi tiada yang tertanya-tanya
senang kan??



...



aku menghitung hari lagi
hari ini dah hampir 3 bulan aku masih bernyawa lagi
aku masih bisa tersenyum
masih boleh berkata-kata seperti selalu aku paling suka
masih boleh memetik gitar walau kadang-kadang lupa not juga
masih boleh melukis dengan setia
cuma aku faham kondisi diri makin tak bermaya
sabarlah jasad
maafkan aku ya



...



aku tak mahu siapa tahu
apa aku simpan ketat di dalam jiwa
walau dengan siapa pun aku cinta dan aku sayang
aku tak mahu ada berduka kecewa
memang aku tahu tak selayaknya aku berahsia
namun maafkan aku
aku punya sebab yang memang aku takut sangat-sangat juga
maafkan aku



...



memang aku masih mentah
masih muda
umur pun belum setahun jagung cuma
belum pun dewasa
tapi pernahkah allah itu kata
mati itu cuma untuk dewasa saja?
tidak dan aku tak takut dengan kenyataan itu
aku terima dengan reda
cuma selagi aku masih diberi kesempatan bersama
membantu sesiapa,menjadi teman buat mereka
dan aku mahu perbetulkan semula hubungan dengan siapa-siapa
walaupun mereka benci padaku
aku akan tetap jua memaafkan
kerana aku cuma hamba allah subhanallah taala
dan aku takut padanya
meemaafkan itu lebih baik dari memohon kekhilafan



...



kaca mata aku betulkan di kedudukannya
mata makin layu
tapi aku masih belum menutup mataku
masih menyendiri di dunia sepi
aku masih dengan diari dan laptopku
aku suka dengar lagu yang sama berulang kali
mood jiwang kan?
haha....



...


aku tahu kekadang ramai sahabat mahu tahu pasal aku
dan ada yang terus tanya padaku
aku beri jawapan tapi tak memuaskan
bukan maksud begitu
tapi susah untuk diperjelaskan kondisi diriku
bila mahu meluahkan rasanya seperti tersekat dikerongkongku
dan akhirnya aku membisu
diam lebih perlu dari tak tahu apa harus aku katakan sejujurnya
memang aku takut tu luah pada sesiapa



...



tiada yang temani saat aku gundah dan sepi
saat aku menangis kesakitan pun tak siapa tahu
walaupun dengan manusia paling terdekat denganku
aku tak suka orang tahu
kerana aku tak suka orang perlaku aku seperti aku tak mampu
aku rimas kerana aku mahu berdikari
hingga kini aku mampu simpan rahsia itu
tanpa pengetahuan siapa pun
bak kata kakak tercinta
aku memang handal berahsia
jaguh juara bila pendam jiwa
maafkan aku bukan aku tak mahu meluah dan mengadu semua
tapi bibir terkatup
lidahku kelu
akhirnya tiada bicara
cuma tinggal sendu dan air mata
tiada terungkap di dalam jiwa 
kerana aku mahu kau saja.
mengertilah kasih
mengertilah sayang.



aku sepi

No comments:

Post a Comment