Friday 15 July 2011

nota jangan lupa

Air mata aku asyik menitik
Aku tak tahu kenapa aku harus lemah macam ni
Aku takut apa sebenarnya?
Aku sendiri kurang pasti
Kenapa aku jadi begini



...



Aku tenang dari luaran
Senyuman dan ketawa cuma bingkisan
Kenapa aku macam ni kawan?
Kenapa aku yg dipilih tuhan?
Kenapa aku??



...



Kertas-kertas yang penuh denganlakaran aku simpan
Aku tarik nafas
Air mata bertaburan
Aku genggam tangan
Aku cuba lerai kekalutan
Perasaan yang menyebalkan
Buat aku kurang kewarasan



...



Hei hati!
Aku mahu pergi
Hei hati!
Aku mahu lari
Hei hati!
Jangat sekat aku lagi
Hei hati!Hei hati!
Pergilah jauh-jauh dari kenangan pahit makan diri!
Hei hati!
Kau faham tidak tolonglah jangan menangis lagi!



....




Bila aku sakit
Aku selalu pesan pada diri
Dah nak buat macam mana memang aku calon terbaik terima semua ini
Ini bukan salah tuhan
Ini bukan salah sesiapa
Ini dugaan namanya
Aku akur dan aku tak mengungkit
Cuma.........
Cukup jangan ungkit cerita sakit!



...



Bila aku pengsan
Aku rasa aku selamat
Gila kan?
Aku rasa aku ingin tuk terus dalam keadaan sedemikian
Bila aku pengsan
Aku rasa aman
Tak ada hati yang nak ungkit soal perit
Tak ada rasa jiwa melekit
Tak ada jiwang nak menangis menjerit
yang ada cuma ketenangan dan kosong
Ya aku rindu saat itu!
Jadi tolongla hati
Aku nak lari jauh-jauh
Dari semua kesakitan kau beri



...



Kau cakap ku bodoh
Sebab bina tembok pertahanan jiwa
Tapi kau tak sedar bukan semuanya idea gila kau kah?
Hahaha hati
Kau jadi jahil sebab apa?
Aku tak fahami
Tolonglah bagi aku peluang
Keluar dari dunia yang kau tembokkan ini!




...




Aku mahu bagi peluang pada sesiapa sudi
Terima diri ini
Sayang dan cinta
Tapi jangan menabur janji
Aku tak suka!
Jangan kawal aku
Kerana aku bukan boneka
Jangan ucap sayang
Kerana aku keras kepala
Jangan cabar aku
Kerana aku memang hati batu
Dan jangan usik aku
Kerana aku memang cengeng gila
Jangan uji aku
Sebab aku tak suka!
Dan hati
selamat pergi cerita lama
Aku tak hairan jika kau mahu hasut apa
Aku tak terima kenangan lama
Aku tak mahu memperhambakan cinta
kerana aku tahu
aku cukup hebat jika jadi hamba cinta!
jadi JANGAN!
Biar aku jadi gadis biasa
mahu dicinta
dan cuba mencinta
noktah!


...