Tuesday 14 June 2011

aku masih berharap ada cahaya mampu terangi aku

cerita lalu :) aku cuma mampu senyum.aku tak mampu menangis malah aku tak mampu meratap gila.
berminggu aku tak tidur.bukan mentelaah pelajaran tapi aku gila bayang mengingat dia
caranya,tawanya,rasanya.sumpah aku rasa aku memang sakit gila
kenapa susah untuk melepas rasa kenapa susah untuk ketawa dengan ikhlas
kenapa aku sentiasaa mahu meratap dia sedang dia sendiri kata dia bahagia
mahu apa lagi aku disini?menunggu.aku lelah dengan itu.aku tak mampu!
malam itu senang kata hampir jam 4 pagi aku duduk berteleku dia atas katil.
melayan lagu yang seakan mendayu jiwa mengharapkan sedikit belas dari hati menguatkan diri
tapi tak mampu hati ini kejam lagi malah hati ini masih juga meratapi dia.
dan bila rasa itu benar menyakiti membuat aku rasa buntu aku tak mampu berfikir apa pun selain dia
dan tiba-tibanya dia  telefon aku tiba-tiba.Hati rasa gundah,sakit dan pedih bercampur rasa rindu bercambur rasa merindui dia.Tapi apa akan daya rasa itu tak akan aku ucap pada dia.
Aku bicara dengannya.Aku meluah rasa yang aku buntu mengapa aku rindu dia dan Tak bisa melupakannya.
Rasa sepert gila aku mengadu pada dia walhal dia sendiri itu yang aku rindu dan yang aku mahu.
Tapi aku mahu jujur kali ini,aku mahu tahu aku perlu kekuatan dari terus dibelunggu rasa lalu bersama dia.
Aku tahu dia kata dia bahagia dengan kasihnya kini.Ada tercalit rasa cemburu tapi aku redha aku harus membuangnya jauh dari sudut perasaan itu.
Aku mahu jadi kuat setabah orang yang mampu menghadapi apa jua dugaan lagi-lagi hal cinta.
Aku janji dengannya yang aku akan bangkit bukan kerana dia
tapi kerana aku ingin mencari satu cahaya yang mampu membuka mata hati dan mampu menenrangi hari-hariku yang gelita.
Cinta rasa itu bukan aku tak percaya cuma takut mencuba.
aku karam di lautan cinta itu sudah banyak kalinya maka aku tak rasa ada cinta yang mampu menimbulkan aku di lautan belantara itu lagi.
sadis bukan bila hati kosng tanpa setitik pun cahaya cinta.Tapi aku akan cuba.cuba sampai boleh walau aku terpaksa merangkak dan kemudia rebah lagi tak mampu berdiri aku tetap akan bangun dan berlari.
Noktah cerita aku dan dia dah lama dan aku terpaksa percaya tak akan ada cahaya antara kita.


aku masih berharap ada cahaya mampu terangi aku

sendiri lagi kini

aku memang bosan
tiada teman tiada cinta
tiada kata-kata pujangga
tiada yang mahu tanya tentang kisahku
tiada rasa berdebar tiap kali merindu
tapi aku bershukur kerana sekurangnya
aku masih juga bernafas hingga ke waktu ini



...



dahulu aku pencari cinta yang setia
aku cari sebuah kebahagian
aku ungkap sebuah keprcayaan
tapi itu semua kenangan
aku tanpa mereka
tanpa insan yang perlu dicinta
aku takut untuk percaya pada kalimat itu
bukan aku benci 
tidak juga aku letakkan rasa marah
tapi aku terlalu takut berulang kembali cerita lama



...



aku kini sendiri
jemu meratap diri
kelu kata apa yang harus aku ungkapkan
jiwa kosong
sepi mencengkam hati
rasa bosan rasa aku memang sendiri
aku tanpa siapa lagi
tiada guna meraung mahupun menangis
yang tinggal kini cuma aku dan memori
aku ketawa cuba berjenaka
kekadang pula rasa seakan boneka saja
ikhlas tiada dalam jiwa
hati kosong sekosong tin saja
aku manusia tapi rasanya macam manusia yang berjasad saja
roh kaku tinggal nyawa
hati hempedu rasa bercelaru
aku perlu cinta tapi secalit pun tak ada
hurmmm......
kini aku cuma mampu mengeluh saja
aku tanpa cinta
ibarat roh tiada di jasad
nyawa melayang menangis hiba
dan aku kaku seakan makhluk bernyawa sejuk.


sendiri lagi kini

aku tanpa tajuk cerita

sakit kepala berdenyut-denyut
hati mula diburu rasa menyesal sendiri
mulut terkumat kamit membaca ayat mengingat illahi
ya tuhanku sakit itu datang lagi
sakit itu lebih dari sakit hati yang ditanggung
aku rasa tiada tanda berakhir kesakitan melanda


...


aku kocak air di tasik biru
termenung panjang menyapa siang
aku dongak ke dada langit
nyaman udara tapi hangat kerana terik mentarinya
panas bahang terasa
rinik rinik kudratku tak bersisa
aku tak mengagungkan cinta manusia
cuma cinta pada tuhan yang aku damba
sakit kepala memaksa aku menahan dengan sisa kudrat yang ada
arggghhhh.....


...



bayang di kocakan air tak berganjak
rupa aku disitu jernih terbentuk
aku tenung lama-lama bayang sendiri
bila aku kocakkan dengan kaki bayang itu pergi
aku mengusap muka dengan telapak tanganku
bahang panas menyerap hingga rasa benar aku tak mampu merenung angkasa
kakiku terus mengocak air di tasik itu
percikan manik-manik air membasahi aku
tapi tak mampu juga menyejukkan aku yang kaku



...



keluhan demi keluahan terungjap jua

panasnya aku tapi masih tak berganjak walau sepegerakan saja
sesalan terdetik di jiwa aku dan pertanyaan bertubi di minda
mengapa seksa diri jika roh bersama
jasad tak bersalah apa-apa
yang degilnya hati kita ini mengharapkan cinta tanpa henti
tanpa mahu kalah walau sekali



...



aku mengharapkan cinta itu kembali

walau sakit perit masih juga terus gigih
walhal tuhan itu sudah berjanji
andai benar cinta itu pergi dan pergi
maknanya ia bukan ikhlas sesuai dengan roh diri
maka masih ada cinta syurga menanti itu pasti
tapi hasutan kedegilan masih juga menginginkan cinta duniawi
walhal terluka beribu kali tetap tak betah mahu lagi
cinta perkataan ini lawannya benci
tapi aku tak benci sesiapa dan aku tak marah walau sekelumit rasa
cuma sedih bayang itu tiada lagi cinta rawan sendiri
aku sepi dan aku keliru dengan situasi
angin yang menghembus aku tak dapat merasa
kerana panas telah lama membakar rasa di jiwa
lelah..... cuma itu mampu aku kata

 Aku tanpa tajuk cerita

aku harus tabah

malam masih muda
itu ungkapan biasa aku dengar dari semua
bagi aku pula tiada makna muda dalam kamus hidup malam atau siang
waktu malam begini saat yang genting
pelayaran aku ke alam mimpi dan alam tak berdinding
tapi siapa pula yang akan aku mimpikan
hahaha
tiba-tiba akal fikiran waras mencurah idea gila
bolehkah aku memanggil seseorang ke alam mimpi tak nyata malam harinya?
memang soalan gila!
tapi dari pembacaan aku yang taksub dengan sebuah karya
andai tuhan itu maha pemurah dan tuhan itu mebenarkan segala ghaib itu
muncul tiba-tiba nescaya pasti mimpi itu aku bisa berjumpa dia
hahaha...gila



...



aku seorang diri di ruang tamu
sepi cuma kedengaran bunyi kipas yang berpusing
bunyi kenderaan lalu lalang di jalan raya bising
cuma kadangkala sunyi maka aku pun mencurah idea gila
entah kenapa asyik perkataan GILA yang aku jumpa di semua blogger kini
mengapa?apa istimewa kata keramat itu?
hahaha hampir terputus semua wayar manusia kerana cinta
tapi aku masih ingin nasihati semua
tak kira kau siapa teman aku ka atau pun kita belum sempat bicara
jangan terlalu banyak kali mengatakan kita g***
takut nanti tuhan yang maha memakbulkan permintaan itu
memakbulkan kita kerana berjuta kali berkata-katanya
subhanallah minta dijauhkan dari kita



...



laptop masih dipangku diriba
hangat panasnya terasa
esok hari panjang dalam cerita hidupku pula
berjalan ke tempat yang belum pernah dijelajah
maka esok siaplah persiapan muka diri
langkahku harus berani harus semangat dan maka tak lelah lagi
aku harus bangkit bukan sebab aku penat begini
cuma kesedaran merentasi dalam diri
kekuatan itu perlu bangkit dari cinta yang karam bersama hati
cerita lalu bukan aku nak buang bukan aku nak  maki
cuma biar simpan jadi kenangan berkabus dalam hati
sayangggg.....
hidup aku masih perlu aku rempuh
sehangat seluluh hati jiwa raga aku perlu merangkak payah
walau sukar mana jangan goyah
tuhan itu kata janjinya pasti
jadi aku percaya masih ada cahaya mentari
menunggu aku penuh setia seumpama bidadari syurga di lapisan langit
sabarlah jiwa buanglah nafsu dendam cinta
kita melangkah bersama dengan lafaz ketabahan
insyaallah...



aku harus tabah

kecewa

Air mata menitis sekelian kali lagi
mengapa lemahnya aku disini
apa lagi yang aku mahu ratapi
bibir kelu tak terucapi
zahir diri ingin kembali seperti dulu kala
tapi kenapa sisa baki aku masih tak mengingati?
aku tertanya-tanya di hati
apa aku jahatkah dimata sesiapa?
kejamkah aku bila bersahabat dengan sesiapa?
hurmmm.....



...



penat untuk terus senyum gila
tapi tiada bermakna
menghanyutkan perasaan yang hiba
berduka cita berkelana rasa
menitis mengharapkan sedikit belas yang bersisa
memikirkan hari-hari yang aku rebah tanpa sebutir mutiara
kenapa pengertian sayang ini susah diungkapkan
kenapa payah benar hati ini bersisa dengan bahagia dunia
mana semua janji-janji teman yang ada?
bila ketawa bercerita semua ada bersama
tapi bila ada yang terluka bernanah di dalam jiwa
kenapa mereka semua pergi lari bergelimpangan?



...



mereka kata mereka teman setia
walau tanpa cinta teman terutama di hati jasad bersemi bersatu sama janji
tapi mana mereka kini saat ada teman yang rebah ke bumi?
jari telunjuk ini bukan mahu mengarah pada sesiapa
malah mahu mengangkat wajah pun tak bermaya
senyuman cuba diloretkan bibirku senja
walaupun aku tahu aku berdosa kerana terlalu membuai rasa
tapi apa yang dihadapi dugaan ini benar merebahkan aku
bersama kertas ditangan melayang terbang
pen-pen bergelimpangan di lantai tua
aku rebah dengan mutiara tangisnya
mohon agar siapa fahami hati kita
tapi semua itu mungkin mimpi senjakala saja
tiada teman yang mampu ketawa dan susah senang bersama
mengapa?susahnya walau cuma persahabatan saja
arggh...
aku hilang kata-kata walau persahabatan.
bukan semua tapi entahlah sahabat kan setia
tapi tidak semua mahu menangis berduka kecewa lara bersama.


kecewa