Sunday 26 June 2011

dia gadis manisku

Gadis,
Hati aku rungsing bertambah pening.
Tak terkata dan tak juga terungkap walau sepatah ayat.
Kau gadisku yang indah di mata hati.
Anggun dalam jiwa ini.
Sayang seribu kali sayang kau tak aku miliki.
Walau kini kau bukan milikku lagi tapi kau masih ada di jasad hati ini.
Kau gadis setia menunggu,mencinta juga setia bersama.
Kelembutan dirimu masih ku terbayang walau cuma pada puisimu dulu.
Puisi-puisimu yang bermakna dan sungguh aku rindu tuk membacanya.

Gadis,
Kau yang ayu pernah bertahta dalam jiwaku.
Manis kerana cinta,indah bukan kerana rupa tapi punya tarikan seumpama graviti di ruangan angkasa.
Kau gadis indah,seindah bunga yang mekar di taman hati,selembut bidadari yang menemani.
Kau si gadis manis sama gila seperti aku yang sukakan gula.
Manisnya kau dengan kata indah bemakna yang mampu menghibakan jiwa.
Aku rindu tuk terus denganmu bagai waktu dulu.

Hei gadis manis,

Belum pernah kita besua.Aku di kota kau di utara.
Belum sempat aku melafaz cinta bertentangan mata,kita tak lagi bersama.
Tapi dalam mimpiku kau selalu ku mimpi bertandang mengungkap cinta membikin aku bagai nak gila.
Hei gadis manis,aku cintakan kau sampai aku tak tahu bagaimana caranya.
Aku bukan romantis malah aku juga bukan sastera yang pandai berpuitis dalam berkata.
Aku cuma gadis biasa yang menagih cinta dari kau si gadis manis luar biasa.
Nampak cekal tapi adakalnya cengeng juga namun mendamaikan rasa sayang di jiwa.
Kau matang berkata tapi kadangnya kau sama remaja seperti ku jua.
Tiap kali aku memandang cermin,tahukah kau cuma kau si gadis manis yang aku lihat di ruangan cahaya itu.
Kerana dulu pernah aku katakan padamu,kaulah cerminku.



Dia gadis Manisku

oktober lalu

Oktober lalu,
Aku sendiri mungkin sama seperti ini.
Aku keliru tentang siapa dihati.
Tentang aku dan tentang segalanya yang berubah dalam hidupku.
Entah bagaimana mulanya cerita butang,mulanya cerita cengeng,mulanya cerita di satu laman web sosial yang entah bagaimana aku tertarik pada satu gadis disitu.

Oktober itu,
Bergaduh itu sama seperti bermesra.
Bertegur sapa padanya buat hati kadangkala sesak dengan tuturnya.
Kerjanya cuma mahu bergaduh tiap masa sampai aku diberi nama comei ini 'cik butang'.
Entah apa yang indah dengan butang.
Entah apa yang menariknya tentang itu tapi kini aku fahaminya.
Kerana itulah mulanya april dulu rasa yang tak mudah aku lepas bagai angin lalu.

Oktober lalu,
Aku masih ingat malam dimana aku menyata rasaku.
Dimana aku rasa hatiku perit menusuk jiwa ragaku.
Rasa debaran tiap kali mendengar bicaranya,tiap kali bertelingkah dengannya dan tiap kali mendengar tawanya.
Di april itu,aku mengaku rasaku.Rsa yang membuai menjadi shahdu.
Rasa yang benar aku rindu.

Oktober itu,
Sungguh cinta itu memang aku inginkan.
Mengenalinya bukan satu kesalahan.
Merinduinya tak pernah membebankan.
Aku cintai dia sepenuh rasa kerana aku benar perlukan dia.

Oktober ini,
Dia bukan hak aku lagi.
Katanya dulu cinta tak semestinya memiliki.
Tapi bisakah aku menyatakan padanya kembali bahawa jika sudi aku ingin terus memiliki.
Cinta itu aku ingini.
Kerana aku benar ingin mengulangi betapa indah di april lalu bersamanya aku merindui.
April lalu cintaku bukanlah cinta biasa.
April lalu,malamku tak senang bukan kerana aku tak suka tapi kerana bahagia bersama menemaninya bicara segalanya.
Sungguh april lalu aku rindu padamu!


Aku rindu kau lebih dari OKTOBER LALU