Monday 4 July 2011

kau yang ku rindu

Perasaan ini mushkil sungguh dan kemushkilan itu betul membuat jiwaku seakan terbang di lapangan langit yang luas terbentang.
Mendengar suaranya hari ini buat aku gembira sendiri.
Rasa macam orang menang cabutan bertuah pula.Mungkin!
Dia jarang dan tak selalu menelefon tapi entah tiba-tiba tadi bila mendengar suaranya hati jadi bergetar.
Ya tuhanku,tahankanlah rasa itu kerana aku tak akan mampu mengulangi kembali.
Cukuplah sekadar memori walau ia tak berapa lama tapi mengenali dia cukup buat hati ini bahagia.
Diriku ini pernah bahagia bersamanya juga pernah mendambakannya.
Aku tak dapat mengingati sepenuh tentang siapa aku malah jua kisah hidupku.
Tapi mengenai dirinya,kisahnya seakan satu memori yang tak boleh di -delete- di fikiran ini.
Aku yang pernah menyayanginya dan entah sampai bila cuma aku tahu apa sebenarnya bersarang di hati.
Fikiranku yang nakal ini selalu bertanya adakah dia bahagia kini?
Pernahkah dia rindu padaku seperti dahulu?
Tapi dengan segera aku cuba berpaling dari mencari jawapan kerana aku takut aku mengharap pada dia.
Aku tak bisa kerana hati ini entah mengapa.
Aku hilang memori lalu tapi dia aku tak bisa.


Kau Yang Ku Rindu

kau tak akan rindu aku

Aku rindu kau.
Rasa rindu ini terlalu menghimpit rasa senak di ulu hati.
Aku sayang kau tapi kenapa susah sangat untuk diluah?
Aku pemalu?Tak pernah pula terjadi.
Malangnya aku benar tak mampu nak meluahnya.
Sakit!Hati ini keliru bertambah binggung.
Mungkin ini tandanya aku benar rindu kau!
Tapi macam mana harus aku luah?
Memekik kah?mesej kau kah?Call,told you and letak kah?
Buntu hingga rasa nak ketuk dahi di pintu.
Mungkin juga aku takut dan aku keliru.
Kerana kau tak akan rindu aku!
Tuhan,benar sakit rindu itu seperti dirobek-robek!


Kau Tak Akan Rindu Aku