Saturday 25 June 2011

aku tunggu kau

ku menunggu,ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku,ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

-Rossa : Ku menunggu-

Lagu ni bila dengar untuk pertama kali macam kelakar sangat.Tapi bila aku hayati,fuh!Memang kena dengan situasiku.Tapi gilalah kan kaulau aku nak kata macam lagu ni kat dia.Memang Tak la kan.
Tapi ada juga hati kecilku yang nakal ni turut mendendangkan lagu ni seakan ayatnya bermakna.
Kalaulah aku kuat tuk menyatakan pada dia,aku kan terus tunggunya sampai dia single!  -gila-





Aku tunggu Kau
Sebab aku cinta Kau
Aku cinta kau sayang

♥♥♥ Sampai bila aku mampu mendiamkan diri dalam suasana yang sepi diselubungi kelam dan malam tanpa mentari.
Alangkah indahnya jika aku bisa mendakapnya lalu bisa aku meluah semua kata cinta.
Dan di waktu itu cuma ada aku dan dia tanpa sesiapa,tanpa pihak ketiga.
Kerana aku memang bermaksud tuk terus menunggunya dan memiliki dia.
Hati ini teringin sekali mengucup pipinya kerana cuma dia yang bertahta di jiwa.

aku cintai dia cerminku

Kerana aku terlalu rindu kau.
Cermin menjadi penawarnya.
Entah mengapa bila aku sedih,bila aku berduka dan tika bila aku terlalu rindu pasti cermin itulah yang menjadi penemanku tuk terus merintih.
Air mata menitis,tersesak aku menahan sendunya.
Ya tuhan,dugaan apa kau berikan untukku ini.
Aku percaya bahawa tuhan akan menurunkan ujian cuma pada hambanya yang mampu mengatasinya.
Tapi aku??Aku entah.Aku terlalu sakit memikirkan dia.
Terlalu rindu tapi malu tuk mengucapnya.
Aku terlalu ingin menjaganya tapi aku tak bisa.
Cermin,kenapa mesti aku memikirkan dia bila aku menatap wajahku sendiri.
Kenapa mesti air mata yang mengiringi bukan hilaian gelak tawa yang mendampingi?
Dia seumpama cermin.Cermin yang sama seperti aku dulu.
Dia sama punya rasa itu dan dia juga memang sama bila bekata-kata cinta padaku.
Tapi itu dulu!Dusta semuanya kini.Memori yang cuma tinggal tuk dibakar dan mati.
Cermin,hentikanlah segalanya.Kerana aku terlalu gila cinta dia.
Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.


Aku cinta kau.Aku Cinta Kau.Aku Cinta kau.Aku Cinta Kau.


Aku Cintai Dia Cerminku

i want you

"At the end of the day,I still Want you!" 
Sebagai seorang manusia biasa kita perlukan makanan,perlukan udara,perlukan keluarga,perlukan kerja dan perlukan cinta.
Begitu juga aku tapi tak lengkap hidupku jika aku tanpanya.
Aku perlukan dia,aku perlu kasih sayangnya,Cintanya juga kelembutannya.
Aku tahu aku cukup tamak kini kerana tak bersyukur dia masih sudi menemani.
Cuma aku tak mahu sebagai sahabat,aku tak mahu jadi kawan terbaik,aku tak mahu jadi musuh.aku tak mahu cuma jadi perindu dan aku tak mahu cuma bertepuk sebelah tangan.
Aku perlukan dia disisi.Tiada ayat yang sesuai aku nak cakap betapa pentingnya dia dalam hidupku.
Betapa beertinya dia buatku tapi cuma dia yang aku harapkan ada dalam hidupku.
Rahsiaku,impianku,aku mahu dia terus dihatiku dan hidupku selama aku masih bernafas dan selama aku masih bisa mencintai.
Aku perlukan dia seumpama dia merupakan udara untuk aku terus bernafas.
Tanpanya aku pasti lemah dan tanpanya aku ibarat manusia tanpa arah.
Impianku cuma dia,mencintainya dan akan ku jaga dia walau perih dan pedih aku tetap akan terus mencintai dia sampai tuhan tarik nyawaku.



Saya nak awak selamanya!!





I HATE  LOVE  YOU!i WANT you!

♥♥♥ my DREAM
♥ aku nak sangat jumpa dia walau seminit cuma
♥ aku nak peluk dia dan meluah semua kata cinta
♥ aku nak selalu jaga dia kerana dia puteriku
♥ aku ingin selalu mendengar suaranya bila aku buka mata dari lena
♥ aku ingin selalu mendengar tawanya dan kata cintanya
♥ aku nak sangat kucup pipinya walau cuma dalam mimpi
♥ aku nak sangat meluah semua rahsia terbuku mengapa aku benar cintai dia selalu DIA CINTAKU

please don't go my love

"I Can't Stop Now,don't you Know?I ain't Never gonna Let You go.Don't go.Please Don't Go."


Aku tanpa kau kesepian sendiri
Pintaku jangan kau pergi
Kerana aku masih
Masih mencintai kau sepenuh hati


Sis aku kata aku ni jiwang tapi belum karat.Sesuka hati dia je nak mengata tapi hakikatnya kebenaran itu memang ada.
Entah dari mana aku minat tuk bersastra tapi tak adalah sehebat sasterawan negara.
Cuma lebih kepada sastera cinta. -Cool-
Hari-hari aku cuba memikirkan kebenaran masa hadapan ku dengan mimpi-mimpi yang kelabu.
Haru biru rasanya bila dia menyatakan bahawa aku perlu pergi.
Entah dimana kebenaran sebenarnya mengapa aku masih lagi degil untuk tidak menapak ke hadapan.
Dan aku masih lagi degil cuba menggapai tangannya walhal dia jauh berlari ke hadapan.
Bodoh kan bila kita masih merangkak sedangkan sebenarnya bayangnya pun tak mampu aku tangkap.
Cerita cinta apa ini? -Bertepuk sebelah tangan-
Kalau bertepuk sebelah tangan sampai sejuta tahun pun tak akan pernah berbunyi.
Tapi aku masih megharap walau seditik dan walau cuma sesaat.
Aku masih mengharap dia mencintaiku dan dia juga pun rasa begitu.
Aku bukan penulis Novela dan aku bukan pengarang drama.
Tapi aku teringin punya babak bercinta bersamanya walaupun untuk sejam cuma lagi.
Kerana banyak cerita yang ingin aku lakukan bersamanya dan banyak juga tempat yang ingin aku bawanya.
Cinta,janganlah kau pergi menjauh dan janganlah kau halau aku.
Tanpa kau aku mati dalam hidupku yang sepi kerana aku perlukan kau lebih dari berjuta kali yang kau tahu.




Please Don't Go My Love

you the only one i love


Bila aku ucap aku perlukan kau adakah kau akan percaya kata-kataku?
Bila aku cakap cuma aku di hati apa kau percaya tiada dusta cuma hanya benar belaka?
Bila aku cerita cuma nama kau saja yang aku sebut bila aku tidur dan macam orang meroyan entah apa-apa apakah kau akan kata aku orang gila?
Bila aku menangis teresak-esak sebelum terlena sama seperti ketakutan yang hebat melanda jiwaku kerana aku terlalu takut kehilangan kau bila aku tidur adakah kau akan percaya?
Bahawa aku memang cinta gila kat kau dan aku rasa cinta ini tak akan ternoktah disini kerana aku tetap akan terusan mencintai kau walaupun sejuta kali kau kata kau tak pernah percaya.


 Dalam hidupku tiada yang lain aku perlu melainkan kamu.Cukup dulu aku pernah hilang cintamu.Jangan pernah kau pergi kembali.Kerana aku perlukan hari-hari disisiku.Walaupun hakikatnya entah bilakah aku bisa ada dalam hatimu dan entah bila kau akan jua mencintaiku.



You are The Only One who I Love

1. Aku Cinta kau sayang.
2. Aku Rindu kau cinta.
3. Aku tak jemu tuk menyebut nama kau setiap masa.
4. Aku gila sayangkan kau.
5. Aku tak lelah tuk menunggu kau.
6. Aku sanggup tunggu walau aku tahu penantian itu satu penyiksaan.
7. Aku mahu kau lebih dari yang kau tahu.
8. Aku perlukan kau walau aku tahu itu mustahil.
9. Aku Rela sendiri menangisi daripada aku melepaskan kau pergi.
10. Aku tahu mencintaimu salah,maka mengapa perlu aku sentiasa jadi betul.

aku cuma cool dengan kau

Dia kata aku cool.Cool yang bagaimana?
Mungkin tapi cool itu cuma dengan dia saja.
Dia kata aku tak sama macam aku dalam blog.
Aku tahu mesti hairan bin pelik dia memikirkannya.
Tapi yang sebenarnya memang aku sengaja cool bila aku dengannya.
Dalam hatiku fuhh cuma tuhan yang tahu betapa aku bukan hati batu.
Tapi aku manusia yang cepat untuk mengalirkan air mata.
Aku memang cool apabila berbicara tapi di hadapan for realnya
Mesti dia akan terkejut sebab muka aku tak se cool dia sangka.
Pucat macam hantu.Kalah hantu kak limah balik rumah tu.
Aku cuba meng cool kan diriku untuk terus maju menapak ke hadapan.
Walau aku tahu aku tak mampu aku tetap cuba kerana aku ingin terus berjaya.
Aku ingin miliki dia tapi aku malu jika dia tahu hati aku yang kononnya batu ni tak se cool yang aku tunjuk.
Aku ni dah tak sekuat dulu dan tak senakal lalu.
Kenapa aku berubah?Itu bukan berubah dan aku tak berhijrah cuma aku cuba meng cool kan hatiku yang tengah berdarah.
Aku sayang dia dan aku akui aku amatlah cintai dia.Waalupun memang aku akui aku tak ucap depan dia sebab aku takut aku akan terus jadi manusia yang lemah.
Aku cool dan aku cuba jadi se coolnya walau hakikatnya cuma tuhan yang tahu aku cintakan dia dan aku tak se cool aku apabila berbicara dengannya.
Kekadang sambil bicara ada jua air mata menitis membasahi pipiku dan sendu itu menemaniku hingga terlenaku tika beradu.


Aku tak se COOL yang kau sangka
Memang aku hati batu
Tapi sebenarnya dengan kau aku jadi tisu!


Aku tak kuat dan aku cepat mengalirkan air mata
Kerana aku insan yang cepat terasa
Tapi tak bermakna aku cepat mengalah
Kerana aku masih mencintai kau
Dan aku masih mampu COOL untuk kata
Aku ingin kau selamanya dalam hidup aku
walau kau tetap tolak aku
aku tetap akan senyum paling indah dihadapan kau.
Kerana aku cuma cool dengan kau sayang!


Aku Cool Cuma Dengan Kau