Saturday 17 September 2011

tangisan gila


pernah rasa kecewa?
kecewa yg amat dahsyat cuma kerana seorang manusia?
apa istimewanya dia dimata?
cantik?kacak?
mungkin.



...



hati bila ditegah jangan makin menjadi
rasa mahu buang hati ke sawah bendang
biar kena makan dengan binatang
tapi entah-entah hati tu diludah kerana luka bernanah
dan walang
haha **



...



aku?cinta?aku tak percaya lagi dengan kata-kata
masih ada lagi ka cinta yang jujur di sini?
aku mahu bukti
beri aku waktu dan tunjuk semua isi hati
kalau perlu dirobek nampak jasad diri
sila tampil berani!



...



aku kejam?atau mereka yg lebih kejam?
mencintai bukan kerja senang
mendustai?petik jari sila jadi!
aku bukan tak percaya cinta
tapi hati hati hati
aku masih terluka lagi
ditoreh dengan rasa kecewa
maaf***



...



aku tahu ada manusia mengintai jiwa
aku tahu ada orang yang sudi mendengar bicara
ya allah terima kasih
tapi aku masih takut dengan kata hati
aku tak berani bagi jaminan walau sekali
aku takut aku rebah dan tak akan bangun lagi
bagaimanakah nanti?
huh***



...



aku sepi manusia paling takut dan masih berlari
bila aku penat aku berhenti
di persimpangan dilema aku mencari
erti-erti yang diberi
apa aku harus cuba mencari cahaya hati?
aku aku aku***



...



aku mahu ada tangan menggenggam aku dan berlari bersama
aku mahu ada kekuatan yang dipinjam seketika
aku mahu semangat yang ditiup agar aku tak jatuh
aku mahu bangkit dan berlari selaju boleh
aku mahu dan aku mahu
bantulah aku tuhanku
**menangis merayu**



...



aku rapatkan dua tanganku
ke arah langit yang membiru
ada rinik-rinik hujan membasahi
aku tersenyum lega
moga doa dimakbulkan
aku tak mampu terus di dalam dunia sendiri
aku mahu melangkah dengan tenang
aku mahu senyum panjang
aku mahu genggam tangan seseorang
bersama sahabat aku bangkit insyaallah
aku tak mahu toleh cerita lalu
kegelapan itu aku takut
aku tak mampu jadi sebegitu kembali
aku merayu jangan pernah ke tapak lama lagi



...



aku hari ini adalah aku
yang masih juga dengan linangan air mata
tapi bukan dalam kegelapan misteri
ada sirna siltraungu
maka aku harap ia terus menerangi bersama mimpi indah dalam hati
subhanallah bantulah aku
tak mampu menangis meraung lagi
bangkitkanlah aku dan pimpin aku menapak berlari.

tangisan gila.